Thursday, October 1, 2015

Andai esok...

Andai esok aku lupa..
bagaimana mahu memula langkah,
bangun dan berdiri,
tolong pimpin tanganku,
agar aku bisa kedepan.

Andai esok aku lupa..
bagaimana mahu perkemas diri,
tolong...jangan rimas melayan karenahku.

Andai esok aku lupa..
diri aku,
cerita kita.
kisah kita,
siapa kita,
antara kau dan aku,
tolong jangan tinggalkan aku,
tolong ingatkan aku setiap hari siapa aku,
siapa juga kau dan mereka pada aku.

dan andai esok aku telah tiada..
tolong jangan tangis kerana itu lebih sakit dari menerima,
aku akan ada,
dalam doa dan hati setiap yang punya cinta,
aku kan tetap bersama dalam semangat yang pernah aku tiupkan..
walaupun hakikatnya perit untuk aku ceritakan.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Sila beri pandangan anda.
Bahasa jiwa bangsa.