Thursday, October 1, 2015

Andai esok...

Andai esok aku lupa..
bagaimana mahu memula langkah,
bangun dan berdiri,
tolong pimpin tanganku,
agar aku bisa kedepan.

Andai esok aku lupa..
bagaimana mahu perkemas diri,
tolong...jangan rimas melayan karenahku.

Andai esok aku lupa..
diri aku,
cerita kita.
kisah kita,
siapa kita,
antara kau dan aku,
tolong jangan tinggalkan aku,
tolong ingatkan aku setiap hari siapa aku,
siapa juga kau dan mereka pada aku.

dan andai esok aku telah tiada..
tolong jangan tangis kerana itu lebih sakit dari menerima,
aku akan ada,
dalam doa dan hati setiap yang punya cinta,
aku kan tetap bersama dalam semangat yang pernah aku tiupkan..
walaupun hakikatnya perit untuk aku ceritakan.

Thursday, September 17, 2015

Nangis

Tangislah,
Buang semua luka,
Sampai satu saat,
Kau akan lupa untuk mengalirkan air mata kerana dia,
Sebab kau terlalu penat,
Masa tu,
Kau hanya tahu erti suka,
Tangislah sampai kau lega.

Jatuh & Cinta

Dulu,
Aku bangun kerana suka,
Kini,
Aku bangun kerana luka,
Mungkin bangun ku kali ini lebih utuh dari lepas,
Lebih kukuh dari rapuh,
Walaupun sisa-sisa luka masih mencucuk-cucuk dinding hatiku,
Masih menyiat pedih segala isi,
Masih jatuh jua mutiara jernih ini,
Namun,
Kuatkan juga aku menyimpul senyum,
Walau kadang sendiri aku meratap hiba.

Indahnya kenangan itu saat bersama,
Namun ia jadi racun membunuh jiwa saat semua nyata,
Sakitnya bila terluka, sakit lagi ditambah kecewa,
Bila disoal pasal cinta,
Aku terus lupa,
Biarlah buat selamanya.