Wednesday, November 12, 2014

K.O.S.O.N.G

Akan ada suatu ketika kau rasa kosong tanpa sebab,
Kosong yang minta diisi,
Kosong yang tak dimengerti,
Kosong yang membuat kau tak mampu bernafas dengan tenang,
Resah memikirkan hal yang mungkin.

Aduh!
Biarkan ia berlalu pergi dibawa angin malam yang senantiasa menjadi saksi,
Saksi kosong yang kau punya.

Kosong yang menjadi beban,
Beban hari juangmu,
Kosong yang akan terisi namun perit dinanti,
Biarkan masa berlalu,
Biarkan perit kurang sakit,
Sampai masa kan tiba.
Kau takkan kosong.

Thursday, July 10, 2014

Buang

Melupakan kenangan,
Tak susah tapi tak mudah,
Perlahan-lahan menghilang,
Terhakis dek masa,
Terkikis dek rasa.

Membuang sesuatu yang berharga,
Senang tapi berat,
Berat nak lepaskan,
Tapi harus merelakan.

Melepaskan sesuatu yang bermakna,
Pedih..terluka..tak kuat..,
Air mata jadi peneman setia,
Tak terima..lama..,
Sampai masa reda juga,
Tapi tak semua,
Ambil masa tok sembuh luka,
Hati..
Tak boleh nak jangka,
Kadang suka,
kadang duka,
kadang sedih,
complicated.

Wednesday, June 25, 2014

Benci

Biar kau benci,
Biar aku dilihat pengkhianat,
Aku berkorban rasa,
Biar,
Maaf aku terpaksa,
Aku tak mahu sayang ini kan hilang,
Jadi -
Aku pilih jalan,
Sebab yang tak pasti dan tak mampu aku terangkan,
Kau tak tahu.

Aku tahu kau sakit,
Maaf,
Aku lebih sakit dari apa yang kau rasakan.

Tuesday, June 24, 2014

Pelik

Aku pelik,
Biar aku pelik walau dimata kau sorang,
Aku suka menjadi pelik,
Bebas,
Bebas tanpa konkongan.

Hati kering?
Aku tak kisah,
Aku bahagia dengan cara aku,
Sekering hati aku,
Kau tetap pilih yang satu.

Biawak?
Lantak apa kau nak kata,
Biar kau kenal aku siapa,
Tiada selindung antara kita.

Monday, June 9, 2014

Beri

Allah..
aku lemah dalam mainan dunia,
leka dengan gelak dan tawa sehingga aku tak sedar masa aku sesingkat cuma..

Allah..
beri aku peluang walau sehari cuma,
biar aku penuhkan dengan cinta yang kekal selamanya,
aku ingin mati dengan penuh rasa cinta itu

Allah..
andai ini yang kau takdirkan dalam perjalanan hidupku,
aku redha menerima walau perit untuk ditanggung,
walau pahit untuk ditelan,
walau seringkali terasa sakit,
walau parutkan tetap kekal,
aku kan terima dengan tabah,
walau ketabahan itu payah untuk aku kumpul,
aku cuba,
bertahan demi suatu cinta.

Allah..
andai ini jodoh yang kau coretkan untuk hambamu yang khilaf ini,
aku terima dengan lapang dada,
walau siapapun dia yang bakal memulakan lafaz dan pengakhiran nafas,
aku kan tetap bersamanya,
kurangnya dia aku tahu kurangnya aku juga,
lebihnya dia buat aku bersyukur akan nikmat yang ada,
cuma yang aku mahu cinta dia kepadamu mengajar aku lebih cintakan-Mu Ya Robb,
cinta dia kepadaku membuatkan aku rindu tunduk sujud setiap ketika,
setiap ruang yang ada,
kasih sayangnya membuatkan aku hidup dengan penuh rasa cinta.

Allah..
beri aku masa untuk rasa cinta sang pencipta,
beri aku peluang menebus segala ruang,
beri aku ''dia" untuk rasa cinta buat seketika,
beri aku bahagia didunia dan disana :'(

Monday, May 12, 2014

Tak termiliki

Siapa bilang kata sayang itu kan selamanya tetap sayang?
Saat bertinta,
Sayang sungguh tak mahu berpisah,
Sayang sungguh hanya dia yang satu,
hanya dia yang mahu menjadi peneman hidup.

Siapa bilang kata sayang itu kan selamanya tetap sayang?
Mula-mula kau buat aku gila bayang,
setiap hari kau kata sayang,
indah, gelak tawa,
kini kian terhakis,
sangkaanku ujian mungkin,
namun sehinggakan buat hati aku hilang,
sudah tiada rasa,
sayang?

Sayang itu bisa berubah,
tak selamanya indah,
dan tak juga jaminan kau memilikinya.

Sayang itu bisa menjadi musafir,
berpindah dari satu hati ke hati yang lain,
demi mencari sesuatu,
juga digelar chipsmore,
tenggelam timbul,
kejap ada kejap hilang.

Saat teringat ayat-ayat cinta,
syahdu rasanya,
sayang itu tak ku miliki,
waktu itu aku tersedar bukan cinta ini yang harus aku cari,
cinta ILAHI,
aku rugi,
jauh aku dah pergi dari hakiki,
Allah,
aku khilaf.

Sunday, May 11, 2014

LUPA

Manusia,
memang tak sempurna,
ingin merasa cinta,
tapi buat orang tak sudi.

Lupa,
dulu senyum bagai penawar,
luka sedikit terasa besar,
kata tak berbisa,
amarah tak ada.

Tak dapat,
masih mengejar,
kejar walau jauh,
tiap hari,
tak jemu,
tak penat,
tak mengalah.

Dah dapat,
sudah pandai berangin,
hanya perkara kecil,
pejam sebelah mata,
semakin tegang,
mula terbeliak,
malas nak tegur,
menunggu siapa yang mula dulu,
krik krik,
mula hambar.

Bila dah hilang,
baru nak mencari,
bila dah berderai,
baru terhegeh-hegeh nak kutip balik,
dah pecah,
nak gam?
tak payah,
tetap tak cantik,
pujuk?
ayat manis?
baru?
kenapa sekarang?
kenapa bila hilang?
orang hilang boleh report,
hati hilang?
nak cari dekat mana?
lombong emas?
tak guna,
hati dia bukan boleh dijual beli dengan harta dunia,
dia tak bodoh,
dia punya hati.

ooohhh ~ manusia,
kenapa?
baru nak mencari?

Saturday, May 10, 2014

LELAH

Ku ungakap satu persatu,
ku rungkai segalanya,
ku luah apa yang terpendam.

Lelah itu,
dahulunya sering membuatkan dadaku sempit dan tidak mampu untuk bernafas,
sesak.
sukar,
seperti ada benda menyekat,
letih diri ini memikirkan jalan penyelesaiannya,
mencari kekuatan,
sedikit demi sedikit,
akhirnya aku mampu,
mampu menghilangkan rasa itu.

Aku ungkapkan meminta pengertian,
kerana selama ini ada patah yang kau masih tak faham.

Marahkah?
Bukan benci,
tapi saki baki itu tak mahu hilang.
aku,
dah cuba buang,
tapi tak mampu,
maaf,
tak benci, tak juga dendam
aku perlu masa,
namun,
andai sampai masanya itu,
aku masih lagi tak terubat,
maaf,
aku pergi.

Friday, April 4, 2014

Aku..hanya biasa

Aku coretkan supaya akan ku ingat bila aku kian dimamah usia,
Aku lakarkan agar akan terukir senyuman tatkala duka datang menerpa,
Aku kuatkan kakiku melangkah tatkala hati luluh saat telinga mendengar,
Aku pekakkan hati kerana aku tahu aku mudah goyah,
Aku tahankan agar mutiara ini kekal didalam kerana aku takut saat ia keluar ia tak mampu berhenti.

Aku juga insan biasa,
Tidak sempurna namun aku mencari kesempurnaan itu,
Tidak istimewa namun aku mahu ada keistimewaan itu.

Aku..
Aku juga lemah,
Aku masih lagi belajar,
Belajar bagaimana menapak dibumi nyata,
Belajar bagaimana berlari tanpa jatuh tersungkur,
Belajar bagaimana berjalan diatas bara api tanpa terluka,
Namun,
Sakit itu kian terasa saat aku mengubat luka walau sebenarnya ia sudah menjadi parut yang nyata,
Betapa peritnya makna luka,
Sudah sembuh namun kan tetap terasa,
Sakit?
Usah ditanya,
Bagai terobek hati ini..dihiris-hiris dengan pisau berkarat,
Aduh!
Sakit tak terperi.

Aku cuba bangun berdiri,
Aku tabahkan hati,
Aku pekakkan apa yang jadi,
Kuatku harus dicari, 
Ku kumpul setiap hari,
Agar bentengku tak goyah lagi.

Sungguh aku manusia biasa,
Aku juga tak lari dari dosa,
Namun aku cuba,
Mencari yang indah untuk selamanya.


Friday, February 28, 2014

Hilang

Aku keliru,
Saat begini pelbagai ujian dan dugaan datang,
Ujian HATI,
Walau terkadang ia hilang,
Tenggelam timbul,
Macam tak ada rasa,
Lantas ini membuatkan aku tak kuasa,
Malas memikir,
Aku turutkan jua,
Biarlah,
Allah penentunya,
Nanti jiwa aku yang merana,
Baik aku teruskan apa yang aku dah mula,
Tak kan aku mahu berhenti begitu saja?

Thursday, February 27, 2014

Aku belajar dari cinta.

Langkahnya kali ini lebih luas,
Kelajuan di maxsimakan,
Dia terus pandang kehadapan,
tak toleh dah kebelakang,
mungkin kali ini dia nekad.

Perjalanannya semakin jauh,
perlabagai cabaran dia tempuhi,
tapi sedang dia berlalu,
kisah lama menyapa,
dia terhenti,
berhenti,
dia mencari,
terkadang bingung dibuat diri,
jangan buat dia tak pasti,
dia cuba lari,
lari tak nam dikejar lagi,
tapi ada yang masih berbaki
di HATI.

Wednesday, February 26, 2014

Kisah Lama

Ku intai kembali coretan lama,
Senyum simpul,
terasa sinis,
terasa hambar,
Banyak kenangan,
Banyak rahsia,
Banyak cerita tercipta.

Semua hilang,
Sudah tiada,
Tapi rasanya masih terasa,
Tepat,
Dekat dihati.


Posted via Blogaway

Tuesday, February 11, 2014

Rasa & Terasa

Sesak tak dapat diungkap,
Hanya kerana rasa.

Persoalan yang tak terjawab,
Sampai bila harus meneka.

Beban yang dipikul terlihat berat,
Tapi ia lebih daripada memedihkan,
Tersiat-siat rasanya,
Sampai ke anak tekak,
Sakit, perit bagai kemarau 7 tahun melanda,
Tak terasa...
Pedih rasanya menanggung.

Air mata,
Bukan lagi peneman,
cuma sekadar sampingan,
Kerana aku mahu lebih kuat daripada dulu.

Air mata ini,
Biar jatuh dihadapan Allah diatas dosaku yang bertimbun,
Biar gugur dengan penuh bermakna,
Dengan penuh insaf.


Thursday, January 9, 2014

Pengalaman.

Bila berkata tentang pengalaman.
Kekal dalam ingatan.
Pengalaman banyak mengajar aku tentang kehidupan.
Memang ianya pahit tapi diakhirnya aku temukan kemanisan itu.
Pengalaman jugalah yang membuatkan langkah kaki ku terus kehadapan dan kuat melalui onak duri kehidupan.
Aku tahu, Allah jadikan ia pengalaman buat aku supaya aku sedar dari mimpi,
dan disitu aku belajar bangun dari jatuh.
Belajar merangkak perlahan-lahan mengumpul cebisan semangat yang
gugur berterabur.
Sedikit demi sedikit akhirnya aku bisa berdiri, melangkah dan terus berlari.
Namun aku tidak tinggalkan pengalaman begitu sahaja,
kerana dari ialah aku mampu menjadi sebegini hari ini.
Aku bawa pengalaman itu bersama sebagai pengingat dikala aku mula alpa.

Wednesday, January 8, 2014

Sederhana

Aku lebih memilih untuk besederhana,
daripada lupa dengan harta dunia.

Aku memilih sederhana
daripada popular sampai aku bisa leka.

Aku memilih sederhana
kerana aku tahu aku lebih bahagia.

Aku memilih sederhana
kerana aku tahu aku tak sempurna.